Sunday, May 28, 2006

c60 paper - LAGU BELUM BERIRAMA

LAGU BELUM BERIRAMA

aku pasrah, pasti aku cuba menjalani kehidupan yang menunggu, yang aku cipta sendiri. apa yang aku war-warkan belum dia sentuh lagi, kerana aku sedang
mencari masa untuk berterus-terang kepada dirinya, sanggupkah dia bersama aku mencipta babak-babak yang panjang, ada duri dan ranjau dilebuhraya yang bernama kebersamaan, kerana aku sudah tiada pilihan lagi untuk menunggu dipinggiran perlabuhan yang sepi seorang diri.

SAJALI BIN MOHAMAD
27 mei 2006

c60 paper - JANGAN DITANYA

JANGAN DITANYA

maaf, aku tidak dapat hendak memberitahu kepada sesiapa yang mengenali diriku, mengapa ramainya nama yang kusebut. ku letak disaf hadapan dalam babak soal hati. jangan ditanya siapakah yang sebenarnya mendapat tempat sebagai ratu hatiku. sesungguhnya itu menjadi rahsia aku sendiri. tidak dapat dicanangkan persis gong dipalu dizaman dahulu untuk mengistiharkan kepada rakyat yang bernama itulah, pilihanku.

SAJALI BIN MOHAMAD
27 mei 2006

Thursday, May 25, 2006

c60 paper - KESILAPANKU YANG SENGAJA

KESILAPANKU YANG SENGAJA

aku sebenarnya sedar semua perbuatanku itu adalah sia-sia.
aku sedar akulah yang bodoh mengharap bulan jatuh keriba dan aku
bagaikan punggok rindukan bulan, malahan segalanya kosong.
segala yang kupertaruhkan hanyalah sekadar mainan dalam perasaanku
sendiri, tidak sampai pada eka. segalanya terkunci dalam kamar
hatiku sorang. eka tidak ku beritahu pautan rasaku terhadapnya.
aku sedar itulah kegagalanku untuk memiliki hati eka.

SAJALI BIN MOHAMAD
21 mei 2006

c60 paper - DALANG

DALANG

kerana engkaulah aku menerima padah. kaulah yang melaporkan aku membuat jualan langsung dalam pejabat. aku tahu kau adalah anak emas semua pihak pengurusan,
lantas laporan kau dipercayai, aku telah disenarai hitamkan, kemudian, tidak cukup dengan itu, kau telah berjaya menghalang pihak pengurusan membekalkan aku dengan kemudahan komputer, kerana ikut aduan kau; kemudahan itu ditarik balik,
kononnya aku mengguna untuk personal.

SAJALI BIN MOHAMAD
25 mei 2006.

c60 paper - MELAWAN ARUS

MELAWAN ARUS

aku tidak dapat membiarkan keadaan seadanya sahaja. aku sudah pasrah.
aku akan menerima apa-apa yang akan terjadi. aku tidak berundur walau
ada onak dan duri, kerana aku perlu membina kebahagiaan dalam hidupku,
pertemuan kami amat memberi makna padaku. sesuatu yang berlaku pada
hari ini adalah atas kesungguhan usahaku melawan arus dan berbagai
cabaran kerana aku mengharapkan yang terbaik untuk diriku.

SAJALI BIN MOHAMAD
10mei2006

c60 paper - AKU

AKU
aku sedar aku banyak berteori, aku membawa hati. tiada siapa yang tahu kecuali Allah. maka kerana sikap degilku ini aku gagal mendapat jawapan sebenar. namun
sampai bila-bila pun aku tetap merahsiakan rahsia hatiku, kerana aku tidak mahu
sesuatu yang berlaku lebih menyiksa jiwa dan perasaanku. tapi aku sendiri yang
tersiksa. barangkali belum terlambat untuk aku memberanikan diri bertanya sesuatu
padanya.

SAJALI BIN MOHAMAD
24 mei 2006

c60 paper - AKUJANJI

AKUJANJI

bahawasanya aku tidak akan menjadi ahli PESTA, seterusnya aku tidak akan bertolak-ansur atas sebarang paksaan supaya aku patuh kepada kehendak yang berhajat supaya aku wajar dihimpun dalam saf-saf
PESTA, lantaran sumbanganku memenuhi PESTA, bukan kerana keegoanku tidak mahu menjenguk PESTA, tapi aku tidak percaya kepada PESTA. padaku PESTA tidak ujud. ia hanya babak-babak dalam mimpi tiada mendokong makna.

SAJALI BIN MOHAMAD
25 mei 2006

Friday, May 19, 2006

c60 paper - KO SIK NANGGAR KERJANYA

KO SIK NANGGAR KERJANYA


yang nama ko isik nanggar, abis barang disave dalam komputer dibuangnya. jadi masa fatihah encari dokumen pentingnya, sigek sik ada agik. ndak gila apa kerja kedak ya.nang senjaga meon ya merusak dan mbuang semua kerja fatihah dalam komputer.bila fatihah nanyak, sik sengaja, isik tauk juak, jadi macam ya kata meon. padahal meonlah kurit-kurit rah komputer ya. nangnya merusak.

SAJALI BIN MOHAMAD
8 mei 2006



http://groups.yahoo.com/group/sastera_sarawak/message/5814